Anak yatim ialah kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa. Mereka termasuk dalam golongan yang memerlukan kerana telah kehilangan ketua keluarga yang sepatutnya menyara kehidupan mereka. Maka bersedekah kepada mereka adalah sangat diutamakan.Islam sangat mengambil berat tentang hal ehwal anak-anak yatim. Dari penjagaan mereka sehinggalah pada pengendalian harta mereka jika mereka mempunyai harta, semuanya ada digariskan di dalam al-Qur’an.Kita diperintahkan untuk berlemah lembut dan berbuat baik kepada mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.”(Al-Baqarah: 83)
Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhabarkan tentang kedudukan mulia di syurga bagi orang yang menjaga anak yatim.Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Penjaga anak yatim daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam syurga.” Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu.”(Hadis riwayat Muslim)
Ketahuilah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan hamba yang membantu orang lain yang di dalam kesusahan. Sabda Rasulullah:
وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)
![]()
Sikap membantu orang yang kesusahan ini adalah sifat orang-orang yang beriman. Yahya bin Muaz seorang tokoh sufi kurun ketiga pernah berpesan:
حبك الفقراء من أخلاق المرسلين ، وإيثارك مجالستهم من علامة الصالحين ، وفرارك من صحبتهم من علامة المنافقين
“Kecintaanmu pada orang-orang fakir miskin adalah akhlak para Nabi, menyantuni mereka dengan duduk bersama mereka adalah tanda-tanda orang yang soleh dan menjauhi mereka daripada mendampingi mereka adalah tanda-tanda orang munafik.” (Ittihaf Sadah al-Muttaqin)
![]()
Menghulurkan sedekah kepada mereka adalah salah satu daripada perlakuan baik yang dimaksudkan itu. Sedekah yang dihulurkan berupa wang ringgit atau barang-barang keperluan, bukan sahaja mengurangkan bebanan mereka, bahkan dapat menimbulkan kebahagiaan di hati mereka.
Membantu anak yatim terutama mereka yang hidup susah dan tidak mendapat penjaga yang sewajarnya inilah yang dimaksudkan sebagai ﺗﻌﺎﻭﻥ (bantu-membantu atau tolong menolong) yang dituntut oleh Islam. Oleh yang demikian, usaha berbagai-bagai pihak untuk mengumpulkan dana bagi anak-anak yatim bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.
Hukum bersedekah kepada anak yatim adalah sunat. Namun lebih afdhal jika sedekah itu dihulurkan kepada anak yatim dari kalangan keluarga atau saudara mara terdekat jika ada. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(12)(Di antaranya bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba sahaya;(13) atau memberi makan pada hari kelaparan-(14)kepada anak yatim dari kaum kerabat.(15)”
(Surah al-Balad: 12-15)
JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIJALANKAN :
> Bantuan Pakaian Sekolah
> Bantuan Pakaian Keperluan Harian di Asrama
> Bantuan Alat Tulis dan Bantu Belajar
> Bantuan Pembelajaran PdPR
Hadiah dan Infaq dari anda semua, memberi sinar senyuman dan keringanan mereka dalam meneruskan sesi persekolahan dan pembelajaran seperti anak-anak yang lain.
*** Memberi manfaat kepada hampir 1000 penerima asnaf
INFAQ ANDA, KAMI SAMPAIKAN
BANTUAN B2School = RM 30
BANTUAN B2School = RM 50
BANTUAN B2School = RM 100
BANTUAN B2School = RM 150
BANTUAN B2School = RM 200
Dengan izin Allah, infaq dan bantuan anda semua akan dimanfaatkan sebaiknya kepada semua penerima-penerima asnaf khususnya anak-anak yatim dan anak-anak asnaf yang sangat memerlukan.
Penafian:
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran penerima serta termasuk didalam kos pengurusan. Jika anda mengalami sebarang masalah sila emailkan pertanyaan ke dakwahbackpackermalaysia@gmail.com (Dakwah Backpackers Malaysia - DBM)
Unlimited Journey