Akaun dbm.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
BANTUAN PAMPERS & SUSU FORMULA ANAK KECIL ASNAF

"Akak dah tak tahu nak cerita pada siapa. Dah 2 minggu anak saya cuma minum air sirap atau susu pekat manis. Itupun minta ehsan jiran yang ada... Kalau ada rezeki sikit boleh bantu saya ke? nanti saya dah mula kerja semula, saya bayar balik dengan encik."

- Puan Ika Ramdani : Bangi Lama -


Anak-anak merupakan permata hidup bagi setiap keluarga. Terutama kepada mereka yang masih mempunyai anak kecil dan tanggungan yang ramai. Semenjak kehadiran pandemik COVID  19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan ramai yang hilang perkerjaan dan sumber pendapatan. 

Akibat daripada tekanan ini  menyebabkan ramai ibu bapa yang hilang punca dan stress memikirkan nasib anak-anak mereka untuk masa hadapan. Bagi kita orang dewasa, tanpa makanan dalam sehari mungkin kita boleh bertahan, akan tetapi untuk anak kecil???


Kasihan mereka yang mempunyai anak kecil.... mereka perlukan SUSU FORMULA untuk kebergantungan hidup.


Mereka juga memerlukan bantuan pampers / lampin pakai buang bagi anak kecil yang masih menggunakan pampers untuk keselesaan mereka.


Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Maksudnya“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

  • Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
  • Anak soleh yang dia tinggalkan.
  • Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
  • Masjid yang dibina.
  • Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
  • Sungai yang dia alirkan.
  • Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.

Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”

Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.




BANTUAN SUSU FORMULA UNTUK ANAK-ANAK KECIL INI SANGAT DIPERLUKAN


Apabila melihat situasi sebegini, maka timbullah perasaan sedih dan hiba untuk kita turun padang membantu mereka. Kami di Pertubuhan Dakwah Backpacker Malaysia (DBM)  menggerakkan satu kempen membantu anak kecil asnaf ini mendapatkan bantuan Susu formula & Pampers bagi perkembangan anak-anak ini.


Kami sasarkan seramai 250 orang anak-anak kecil asnaf ini akan menerima bantuan SUSU FORMULA dan PAMPERS selama sebulan.


* 1 beg pampers = RM 30 x 2 Beg (seorang anak kecil) 

* 1 Tin/Kotak Susu Formula = RM 30 x 2 Tin/Kotak (seorang anak kecil)


Pampers / Lampin Pakai Buang : Dalam sebulan 500 BEG PAMPERS dengan anggaran KOS RM 15,000.00 diperlukan sepanjang setiap bulan.

Susu Formula : Dalam sebulan 500 Tin/Kotak SUSU FORMULA dengan anggaran KOS RM 15,000.00 diperlukan sepanjang setiap bulan..


Maka dengan itu, kita memerlukan kos RM 30,000.00 sebulan untuk mendapatkan keperluan Pampers dan Susu Formula ini.


Dengan izin Allah, mudah-mudahan segala usaha dan berkah infaq/sedekah tuan-tuan dan puan-puan dapat meringankan beban Keluarga yang terjejas dan membantu anak-anak kecil ini membesar dengan sihat






BANTUAN INI AKAN DISAMPAIKAN KEMANA?



1) JOHOR - Muar, Batu Pahat, Mersing, Pontian & Johor Bahru

2) Melaka - Alor Gajah, Melaka Tengah & Jasin

3) NEGERI SEMBILAN - Nilai, Rembau, Seremban, Tampin, Mantin & Port Dickson

4) Sekitar SELANGOR

5) Sekitar KUALA LUMPUR

6) PERAK - Ipoh, Kuala Kangsar, Tapah, Manjung, Selama & Taiping

7) PULAU PINANG - Butterworth & Georgetown

8) KEDAH - Di Kebanyakan kawasan Pedalaman Kedah

9) PERLIS - Arau, Kangar, Padang Besar

10 ) KELANTAN, TERENGGANU & PAHANG - Di beberapa kawasan PEDALAMAN & KAMPUNG

11) SABAH & SARAWAK - Di beberapa kawasan Kampung & Pedalaman


Semoga dengan bantuan dan INFAQ anda semua, dapat membantu meringankan anak-anak kecil asnaf ini.


Kita kena percaya bahawa setiap Rezeki dan Nikmat yang kita ada itu, perlu dikongsi bersam orang lain. Mungkin hari ini kita bantu orang susah, pada masa akan datang kalau kita pula yang susah dengan asbab kita berINFAQ hari ini, ALLAH S.W.T memberi kemudahan kepada kita pula pada masa akan datang.





ALLAH SANGAT CINTA HAMBANYA YANG SUKA BERSEDEKAH / BERINFAQ


Firman Allah SWT:



وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ


Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."

(Surah al-Baqarah: 265)


Ibn Kathir berkata: Firman Allah SWT “كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ” (seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi) Maksudnya seperti sebuah kebun di dataran tinggi. Demikian menurut jumhur ulama'. Rabwah bermaksud tanah tinggi. Ibn Abbas dan al-Dahhak menambah, padanya mengalir sungai-sungai. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/328)


Akhir kalam, semoga Allah SWT menjadikan kita dari kalangan mereka lebih cintakan kehidupan akhirat, serta menjadikan kita dari kalangan mereka yang sentiasa bersemangat untuk melakukan infaq dan mengeluarkan sedekah jariah yang akhirnya dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi ummah dalam skala yang besar. Amin.