ANAK KITA GEMBIRA BAGAIMANA DENGAN ANAK-ANAK DISANA?

Memberi Makan Suatu Amalan Mulia
Amalan memberi makan adalah amat digalakkan terutamanya kepada mereka yang fakir miskin dan anak yatim. Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firman-Nya:
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا
Maksudnya: Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan. (Surah Al-Insan: 8)
Kita Kongsi Ramadan pada 1443 H
Kongsi Kebaikan Ramadan 1444 H
Di dalam hadis Nabi SAW, turut dijelaskan berkenaan keutamaan sedekah memberi makan ini. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Salam, ketikamana Nabi SAW sampai ke kota Madinah, Baginda SAW bersabda:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ
Maksudnya: “Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”
Riwayat al-Tirmizi (2485), Ibnu Majah (3251) dan Ahmad (5/451)
RAMADAN SUDAH BERLALU AKAN TETAPI SYAWAL MASIH MENANTI KITA
MEREKA DISANA MASIH LAGI MEMERLUKAN SUMBANGAN DAN INFAQ KITA
DENGAN RM 10 ANDA DAPAT MEMBERI MAKAN SEORANG ANAK YATIM DAN MANGSA PEPERANGAN DISANA
.jpg)
SASARAN SUMBANGAN
10,000 USD = RM 44,000
Di dalam sebuah hadis daripada Abi Syuraih RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya." - (Riwayat Muslim).
Di dalam sebuah hadis yang lain daripada Ibnu Abas bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak termasuk orang Mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan." - (Riwayat At-Tabrani). Justeru antara bukti keimanan seseorang adalah memiliki sifat prihatin terhadap kesusahan jiran tetangga, sebaliknya tidak sempurna iman seseorang yang tidur dalam kekenyangan sedangkan ada jiran tetangga yang berada dalam kelaparan.

Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa menyebut: “Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. (Lihat Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam, Hlm. 18).
Kewujudan Kempen Gembirakan Anak Syria dan Gaza ini boleh dijadikan suatu bentuk pencetus dan contoh galakan kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk terus melakukan amalan bersedekah walaupun pada nilaian yang sedikit. Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman:
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
Surah al-Baqarah (271)



Syeikh al-Maraghi berkata: “Jika kamu mengeluarkan derma secara terbuka, maka cara seperti itu adalah lebih baik kerana ia akan menjadi teladan yang baik kepada orang lain, sehingga ada antara mereka yang akan menirunya. Di samping itu, zakat menjadi salah satu sendi ajaran Islam yang andaikata jika dia lakukan dengan sembunyi-sembunyi, maka orang yang enggan mengeluarkannya akan berasa bimbang untuk melakukannya. Tetapi jika kamu memberi kepada orang fakir secara diam-diam, maka itulah yang terbaik kerana ia dapat menjauhkan diri dari sifat riya’, bahkan sejajar dengan keterangan dalam hadith-hadith dan contoh-contoh perbuatan sahabat.”
(Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/620).
UNTUK SUMBANGAN SECARA MANUAL BOLEH TERUS MASUKKAN KE AKAUN RASMI DAKWAH BACKPACKERS MALAYSIA
CIMB ISLAMIC | 8602 1290 54 | PERTUBUHAN DAKWAH BACKPACKER MALAYSIA
RUJUKAN : "RAYA SYRIA GAZA"
Penafian:
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta kos pengurusan termasuk didalam program.
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi ( dakwahbackpackermalaysia@gmail.com )
Dakwah Backpackers Malaysia
(unlimited journey)
CIMB FF