Akaun dbm.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
KITA KONGSI RAMADAN

KITA KONGSI RAMADAN


RUANG & PELUANG UNTUK ANDA


Sedekah dapat menghapus dosa.


Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار


“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)






Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkahan dan waktu dibukakannya pintu ampunan seluas-luasnya bagi umat Islam. Untuk mendapat keberkahan tersebut Muslim mesti menjalani dengan suka cita dan penuh doa.


Salah satu doa yang diucapkan Nabi Muhammad agar mendapat berkah di bulan Ramadhan adalah sebagai berikut:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: ” اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ “

Artinya: "Dari Sahabat Anas bin Malik, ia berkata: Nabi Muhammad bersabda ketika memasuki waktu bulan Rajab: "Ya Allah, Berkahilah kami di Bulan Rajab dan Sya’ban. Ya Allah, Berkahilah kami di Bulan Ramadhan" (HR. Ahmad).

Lebih lanjut, kata dia, pada bulan suci ini diwajibkan bagi umat Islam untuk berpuasa selama satu bulan penuh. "Bagi yang menjalankannya dengan ikhlas akan mendapatkan pahala yang melimpah," ujarnya.







JOM TAJA BERBUKA PUASA, MOREH & SAHUR


Dengan Kita Kongsi Ramadan (KKR) ini, DBM membuka peluang kepada masyarakat berkongsi rezeki di bulan Ramadan ini dengan menaja mereka diluar sana mendapat tajaan BUKA PUASA, MOREH & SAHUR secara PERCUMA. 

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)










GOLONGAN SASARAN

1) Asnaf

2) Pelarian

3) Muslim Minoriti

4) Muallaf

5) Mangsa Perang

6) Mangsa Bencana

7) Rumah Anak Yatim & Rumah Kebajikan




SUMBANGAN BAKUL MAKANAN UNTUK PENERIMA SASARAN






Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ


Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


BENTUK TAJAAN KKR

1) Tajaan Iftar, Moreh & Sahur

2) Bakul Makanan Ramadan

3) Makanan Sedia Dimakan untuk Mangsa di Kem Pelarian

4) Quran & Sepersalinan Kelengkapan Solat untuk Muallaf



Mendapatkan tambahan pahala puasa dari orang lain


“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)




Sekolah Pelarian, Tahfiz Pelarian, Tahfiz Asnaf & Anak Yatim diantara lokasi sasaran bantuan Ramadan pada tahun ini.








Rasulullah SAW bersabda:

الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ

Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”

(Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)

 

Berdasarkan nas hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan bagi mereka yang member makan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang amat memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang berhajat.

Dinyatakan di sini sikap dan sifat tokoh ulama dalam member makan orang yang berpuasa:

  • Hasan al-Basri member makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.
  • Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika 
  • bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.
  • Hammad menjamu setiap malam kepada orang ramai pada bulan puasa seramai 500 orang.
  • Abdullah bin Umar R.Anhuma berpuasa dan tidak berbuka kecuali bersama dengan fakir miskin.
  •  

    Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang suka menjamu mereka yang berpuasa.



Penafian: 

Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta kos pengurusan termasuk didalam program.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi ( dakwahbackpackermalaysia@gmail.com )

Dakwah Backpackers Malaysia

(unlimited journey)