Akaun dbm.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
SEDEKAH JUMAAT
"DENGAN BERSEDEKAH TIDAK AKAN MENGURANGI HARTAMU"

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)






Namun, khusus pada hari Jumaat, Allah memberinya pahala “lebih”, apalagi pada bulan Ramadhan, hari Jumaat merupakan hari yang utama dalam Islam, lebih utama lagi hari Jumaat dalam bulan Ramadhan. Ada gabungan keberkahan dari keduanya – Jumaat dan Ramadhan.





Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri. Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu: Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam. Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagimana dia tidak meminta sesuatu yang haram. Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat) tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.”

[Riwayat Ibn Majah (1084)][Riwayat Ahmad (15548)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah dhaif disebabkan Abdullah bin Muhammad bin Uqail atau Ibn Abi Thalib al-Qurasyi. Ibn Hajar mengatakan beliau seorang buruk hafalannya tetapi riwayatnya boleh dijadikan sokongan. Adapun perawi yang lain adalah thiqah]

“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab. Bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan berdoa kepada Allah nescaya akan dikabulkan…” (Muttafaqun ‘Alaih)






PROJEK SEDEKAH JUMAAT INI AKAN MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA BANYAK PIHAK

1. Baik Pulih Surau-Surau Pedalaman
2. Projek Bank Makanan Untuk Asnaf, Muallaf, gelandangan & Pelarian.
3. Program Dakwah & Kebajikan
4. Membantu mereka yang kelaparan.
5. Membantu mereka yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan akibat ujian hidup.







AYUH KITA BERSEDEKAH....


“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)